Profil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Semoga anda sentiasa ceria dan sihat selalu. Alhamdulillah.

Sedikit mengenai pemilik Hazwani Fashion House. Seorang Tukang Jahit sepenuh masa sejak tahun 2010, berasal dari  Kedah, Malaysia. Mempelajari ilmu jahitan pakaian perempuan dan lelaki di KEMAS Sungai Petani dan sulaman manik asas 1 & 2 di GIATMARA Sungai Petani, juga melalui buku-buku jahitan yang pelbagai di pasaran masa kini terutamanya buku Cara Mudah Menjahit Langsir Jilid 1, 2, 3 dan 4 karangan Puan Noraini Margono. Juga buku Cara Mudah Menjahit Tudung (Noraini Margono). Terima kasih semuanya, semoga Allah s.w.t memberkati usaha kalian.

Selamat Datang Ke Halaman Hazwani Fashion House. Salam mesra 🙂 . Terima kasih.