Tips Membeli Kain Baju

Assalamualaikum/salam sejahtera. Semoga anda sihat dan ceria selalu. Alhamdulillah.

Tips Membeli Kain/Fabrik Baju:

  • Tentukan ukuran meter yang diperlukan mengikut baju anda.
  • Bajet keperluan kewangan anda.
  • Pilih kain/fabrik yang selesa (tidak kasar/tidak terlalu tebal/tidak nipis/tidak jarang) bersesuaian dengan iklim di mana anda berada.
  • Warna kain pastikan mengenai warna kulit dan personaliti anda.
  • Untuk bermain dengan warna juga tidak salah selagi ianya sesuai dan tidak berlebihan.
  • Corak kain juga mesti sesuai dengan saiz badan anda seperti:
  1. Bunga kecil untuk badan saiz besar
  2. Bunga besar untuk badan saiz kecil
  3. Corak menegak untuk nampak lebih tinggi/kurus
  4. Corak lebar/lintang untuk nampak lebih besar/rendah
  5. Warna cerah/terang untuk kelihatan lebih besar
  6. Warna gelap/suram untuk kelihatan lebih kecil/kurus

ok…^^

 Terima kasih kerana mengunjungi kami di Hazwani Fashion House.

~make your life easy and harmony~

sila datang lagi…